Thursday, May 21, 2009

Lecturer..

Lecturer..Cikgu..Cikgi..Guru..Ustaz...Alim..Pendek kata seorang yang berilmu dan menyampaikan ilmunya. Sempena hari guru ini saya mengucapkan selamat hari guru kepada para pendidik tak kira di tadika, sekolah rendah, menengah mahupun universiti. Jasa Kalian tak dapat aku lupakan. Banyak pengorbanan dan tunjuk ajar telah kau berikan menjadikan ku seorang bergelar manusia sekarang. Terima kasih ustaz, cikgu dan para pendidik..Selamat hari guru

Wednesday, May 20, 2009

Keberkatan Berniaga

Berniaga..berniaga..berniaga..9/10 rezki itu datang daripada berniaga..Rasullullah menjadi usahawan ketika usia baginda muda lagi. Menjadi ketua dagangan Saidatina Khadijah ke Syam ( Syria )..Banyak keberkatan yang boleh kita perolehi daripda berniaga antaranya keberkatan nilai keikhlasan, nilai kejujuran, nilai kesabaran dan nilai menghargai seseorang. Semasa menjalankan perniagaan perlu disulami dengan amalan amalan yang terbaik, Hari ini rakanku Shaazim memberi idea tentang keberkatan berniaga.katanya kita jalankan bisnes ni puncanya adalah mesti dari halal. seperti tapai, pada mulanya ia akan menjadi halal untuk dimakan. Tetapi bila dah diperam seminggu ia bertukar menjadi tuak dan semestinya ia mabuk dan haram untuk dimakan. tapi selepas seminggu diperam, ia akan menjadi cuka dan ia halal dimakan. Dan janganlah ia berpunca dari perkara haram, maka akan berangkai-rangkai menjadi haram. renung-renungkan wahai usahawan.

Tuesday, May 19, 2009

Keusahawanan Kerjaya Pilihan

Sebut kata dah grade semua berlumba2 nak cari kerja kan? Tambah2 zaman recession nie. Banyak betul dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi. Tapi kita ada satu lagi peluang yang terbuka iaitu bidang keusahawanan. Ape itu usahawan? Usaha + Jutawan = Usahawan. Banyak bidang yang kita boleh terokai dalam bisnes nie. Dari sekecil2 niaga sampai ke taraf korporat. Nak tak nak je beb.