Wednesday, May 20, 2009

Keberkatan Berniaga

Berniaga..berniaga..berniaga..9/10 rezki itu datang daripada berniaga..Rasullullah menjadi usahawan ketika usia baginda muda lagi. Menjadi ketua dagangan Saidatina Khadijah ke Syam ( Syria )..Banyak keberkatan yang boleh kita perolehi daripda berniaga antaranya keberkatan nilai keikhlasan, nilai kejujuran, nilai kesabaran dan nilai menghargai seseorang. Semasa menjalankan perniagaan perlu disulami dengan amalan amalan yang terbaik, Hari ini rakanku Shaazim memberi idea tentang keberkatan berniaga.katanya kita jalankan bisnes ni puncanya adalah mesti dari halal. seperti tapai, pada mulanya ia akan menjadi halal untuk dimakan. Tetapi bila dah diperam seminggu ia bertukar menjadi tuak dan semestinya ia mabuk dan haram untuk dimakan. tapi selepas seminggu diperam, ia akan menjadi cuka dan ia halal dimakan. Dan janganlah ia berpunca dari perkara haram, maka akan berangkai-rangkai menjadi haram. renung-renungkan wahai usahawan.

No comments:

Post a Comment